LATAR BELAKANG KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KMPH)
Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) merupakan salah sebuah kolej matrikulasi di bawah kendalian Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM). Proses pembinaannya bermula dari bulan Febuari 1999 dan mula dibuka pada 1 Mac 2003. Kolej ini dibina di kawasan seluas 75 hektar dan terletak di lokasi yang strategik. Berhampiran dengan Pekan Gambang dan hanya 35 kilometer dari bandar Kuantan. Perjalanan ke kolej ini dipermudahkan dengan adanya lebuhraya Pantai Timur.
Pada 5 April 2003, Kolej Matrikulasi Pahang telah menerima seramai 1857 orang pelajar sulungnya yang mengikuti jurusan Sains Hayat, Sains Fizikal dan Perakaunan. Kolej ini mempunyai kapasiti untuk seramai 3000 orang pelajar bagi satu sesi kemasukan. Peneraju Kecemerlangan adalah moto Kolej Matrikulasi Pahang. Berlandaskan slogan ini KMPh ingin menjadi peneraju kecemerlangan dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Teknik pembelajaran adalah di dalam bentuk kuliah, tutoran dan praktikal. Semua teknik ini diaplikasi bagi membantu menyediakan pelajar untuk ke institusi menara gading. Seiring dengan peningkatan teknologi zaman moden, Kolej Matrikulasi Pahang dilengkapi dengan pelbagai prasarana canggih. Semua kemudahan terkini yang disediakan adalah demi meningkatkan ilmu anak watan dan selaras dengan aspirasi negara yang ingin melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan bergelar profesional.
Pendahuluan kata...
Blog ini adalah untuk mengabadikan kenangan- kenangan bagi pelajar pelajar Matrikulasi Pahang.(KMPH) ..KMPH juga selalu diperkatakan sebagai "KiloMetres Per Hour"
Seperti yang kita ketahui bahawa setiap institusi pasti akan mempunyai kenangan yang indah dikalangan para pelajar. Justeru itu , pelbagai aktiviti menarik telah diadakan telah diadakan sepanjang sesi semester 1 matrikulasi pahang.
Setiap kenagan yang diabdikan merupakan sesuatu yang paling indah pernah mereka lalui sepanjang berada di KMPH. Suka duka .. semua itu dapat dilihat melalui gambar gambar dan video yang dapat dikongsikan untuk menjadi tontonan kepada semua dan dapat menaikkan nama KMPH.
Para pelajar sendiri kelihatan sungguh gembira, teruja dan bahagia disamping rakan rakan yang ramai berbilang kaum dan saksama. Hal ini terjadi kerana sikap toleransi dan nilai nilai murni yang baik dalam terdapat dalam diri para pelajar sendiri membuatkan kehidupan mereka disini meriah.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang sesi semester 1 di KMPH iaitu :
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang sesi semester 1 di KMPH iaitu :
- Kehidupan Seharian pelajar
- Hari KAKOM
- Program bersama alumni KMPH 'Kembali Membawa Barkah"
- Program "FESTIVAL OF LIGHT"
- Program "Snap and Solve"

Kolejkuđ
ReplyDelete